Penduduk Kristian Katolik Rai ‘Ngiling Bidai’ & Hari Bapa

RABU, 22 JUN 2022

BARAM: Seramai 400 orang penduduk yang beragama Kristian Katolik meraikan Ngiling Bidai atau Gawai Dayak di perkarangan Gereja Blessed Sacrament, Long Lama pada Ahad.

Dalam meraikan acara ngiling bidai, para tetamu juga meraikan sambutan Hari Bapa dengan memotong kek.

Acara memotong kek telah disempurnakan Ketua Gereja Katolik dari Keuskupan Miri Bishop Rihard Ng.

Turut hadir, Ketua Masyarakat Kaum Kayan Bahagian Miri Temenggong Elizabeth Deng dan Ketua Kaum Kampung Kayan Long Lama selaku Pengerusi Parish Council Long Lama Paul Paren.-EDISI UKAS

add comment