Peraduan Mewarna Sempena Hari Sarawak Pada 2 Julai ini

RABU, 22 JUN 2022

SIBU : Sempena sambutan Hari Sarawak yang julung kalinya akan diadakan di Sibu, Sri minyak dan United Overseas Bank (UOB) (Malaysia) Bhd akan menganjurkan Peraduan Mewarna pada 2 Julai depan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, pertandingan itu akan bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. 

Katanya, Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai harus diingati dan diraikan oleh seluruh rakyat Sarawak termasuk sektor swasta.

“Saya berharap syarikat swasta juga terlibat secara langsung dengan mengadakan pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Sarawak bagi memulihkan ekonomi memandangkan sekarang sudah di fasa endemik,” katanya dalam sidang media Peraduan Mewarna sempena Hari Sarawak 2022 di Sibu pada Selasa.

Untuk makluman, penyertaan adalah percuma dan jumlah penyertaan adalah terhad kepada 50 orang. 

Selain itu, penyertaan akan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A berumur 7 hingga 9 tahu manakala Kumpulan B berumur 10 hingga 12 tahun. 

Hanya satu penyertaan untuk seorang dan peserta dikehendaki membawa meja dan kerusi sendiri. 

Tarikh tutup penyertaan pada 27 Jun 2022 dan sebarang pertanyaan sila menghubungi Olivia di talian 017-8077366 dan Apple di talian 013- 8049393.-EDISI UKAS 

add comment