SABERKAS Kakus Sumbang 30 Unit Kerusi Plastik Kepada SK Tatau

RABU, 22 JUN 2022

TATAU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Kakus telah menyumbang 30 unit kerusi kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau. 

Menurut Pengerusi SABERKAS Kakus yang juga Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tatau Mohammad Rizal Julaihi, kempen ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar sekolah SK Tatau yang memerlukan kemudahan segera.

Simbolik penyerahan kerusi plastik telah disempurnakan wakil SABERKAS Mohammad Rizal kepada Guru Besar SK Tatau Ibrahim Ismail dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Tatau 2022 di Dewan Terbuka SK Tatau pada Ahad lepas.-EDISI UKAS

add comment