RABU, 22 JUN 2022
BETONG: Ibu Pejabat Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS) melalui Seksyen Pengurusan Talikhidmat, Hebahan Awam dan Penerbitan turun padang ke Bahagian Betong bagi memantau sendiri keadaan struktur dan kandungan billboard UKAS di Bahagian Betong.
Aktiviti pemantauan diketuai oleh Ketua Seksyen Pengurusan Talikhidmat, Hebahan Awam dan Penerbitan UKAS, Joachim Paggang Jabong.
Turut hadir Penolong Jurutera dari Pejabat Residen Bahagian Betong, Nurul Husna Johari dan Penolong Jurutera Majlis Daerah Betong, Khairulddin Annuar.
Billboard UKAS dipasang di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Bahagian Betong iaitu DUN Beting Maro, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian dan Kabong. – EDISI UKAS