16 Tuai Rumah Di DUN Tamin Dilantik Semula

KHAMIS, 23 JUN 2022

SIBU : Seramai 16 orang tuai rumah telah dilantik semula bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin. 

Difahamkan, lantikan tersebut berkuatkuasa dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 iaitu lantikan selama setahun bagi yang berumur 70 tahun ke atas manakala bagi yang berumur 59 tahun dan ke bawah lantikan dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023 iaitu selama dua tahun. 

Majlis penyampaian sijil lantikan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sibu pada Rabu. 

Ir. Christopher dalam pada itu berkata, beliau meminta sokongan tuai rumah sebagai perantaraan kerajaan dan rakyat bagi menyebarkan maklumat yang sahih dan benar.

Selian itu, beliau akan sedaya upaya untuk melaksanakan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan menaiktaraf kawasan DUN Tamin.

Justeru, beliau berterima kasih atas sokongan semua semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang lepas dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus menjadi wakil rakyat bagi DUN Tamin.

Turut hadir, Temenggung Stanley Geramong Bandar dan Penghulu Paing Tawi. -EDISI UKAS 

add comment