188 Peserta Dari Daerah Pantu Hadiri Program CERT Daerah Sri Aman Siri 3

KHAMIS, 23 JUN 2022

PANTU: Seramai 188 peserta dari daerah Pantu menyertai Program Latihan Border Community Emergency Response Team (CERT) Kawasan Daerah Sri Aman Siri 3 di Dewan Sri Pantu, pada Rabu.

Program anjuran Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) itu adalah untuk memberikan penerangan berkaitan keselamatan negara termasuk tindakan yang perlu dilakukan semasa kecemasan.

Program yang diadakan selama dua hari berkenaan melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). -EDISI UKAS

add comment