ADUN Repok Tinjau Projek Naiktaraf Enam Jalan

KHAMIS, 23 JUN 2022

REPOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turun padang bagi meninjau jalan raya yang diiktiraf ke jalan tar atau jalan konkrit di enam lokasi pada Rabu.

Antara lokasi yang ditinjau ialah Jalan Soon Hoon, Jalan Mee Ming, Jalan Mee Ming, Jalan Kwong Ming, Jalan Lang Tian, dan Jalan Sing Ming.

Menurut Dato Sri Huang, pelaksanaan projek menaik taraf jalan di kawasan kampung bukan sahaja memberikan manfaat kepada penduduk tetapi juga pekebun kecil di sekitar kawasan terbabit.

Walaupun sudah banyak projek naiktaraf jalan raya yang sedang dijalankan, namun katanya masih banyak jalan yang perlu dinaiktaraf yang memerlukan perhatian kerajaan ketika ini.

Mengulas lanjut mengenai lawatannya itu, Dato’ Sri Huang berpuas hati dengan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf jalan raya terbabit.-EDISI UKAS

add comment