FSJA Jemput Premier Sarawak Ke Majlis KJA 2022

KHAMIS, 23 JUN 2022

KUCHING: Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) bersama tiga penaja emas Shell, PETRONAS dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Kunjungan hormat yang diketuai Presiden FSJA, Andy Jong Wan Joon itu bertujuan menjemput Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2022 yang dijadualkan pada 9 Disember depan bertempat di Imperial Hotel Miri.

Dalam perjumpaan tersebut, Premier Sarawak telah menyerahkan cek berjumlah RM100,000 sumbangan dari Kerajaan Sarawak yang merupakan penaja utama kepada FSJA dalam majlis berprestij tersebut.

Pada masa sama, tiga penaja emas KJA iaitu Shell, PETRONAS dan SEB yang terus komited menyokong penganjuran tersebut juga masing-masing menyumbang sejumlah RM50,000.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Hal Ehwal Kerajaan Shell,Jonathan Jolly; Pengurus Komunikasi Media PETRONAS Sarawak,Johannes Ridu; Eksekutif Perhubungan Media PETRONAS Sarawak,Janette Boniface Bara; Pengurus Besar Komunikasi Korporat Sarawak Energy,Peing Tajang; Eksekutif Kanan Sarawak Energy,Puvaneswary Devindran; Setiausaha FDJA,Michelle Choo Lee Nyuk; Bendahari FSJA,Chai Chon Chin; Naib Bendahari FSJA,Esther Ching Heng Sing serta Penasihat KDJA selaku Naib Presiden FSJA, Jacqueline Radoi David. -EDISI UKAS

add comment