Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan Anjur Program Kesihatan

KHAMIS, 23 JUN 2022

ENGKILILI: Sebuah program kesihatan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) telah diadakan di Rumah Sibat, Merindun Skim pada Khamis.

Antara intipati program adalah sesi ceramah berhubung keselamatan yang disampaikan oleh pegawai Polis dari Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Lubok Antu manakala ceramah berkaitan kesihatan dan kebersihan alam sekitar pula disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Awam MDLA.

Ia bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang pentingnya penjagaan diri, keluarga, orang sekeliling termasuk persekitaran bagi mewujudkan trend gaya hidup sihat dan aktif demi melahirkan generasi berkualiti dan produktif.

Selain itu, turut diadakan taklimat daripada pegawai Digital Komuniti Center Engkilili berkaitan teknologi digital pada masa kini.

Hadir menyempurnakan program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan MDLA, Kaunselor Masir Bitin.-EDISI UKAS

add comment