Kerjasama KBS, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak Perlu Untuk Tangani Isu Kemurungan Di Kalangan Belia

KHAMIS, 23 JUN 2022.

KUCHING: Kerjasama erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Kesihatan Mental Sarawak mustahak dalam menangani isu penyakit kemurungan dalam kalangan belia.

Timbalan Menteri Belia Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, usaha dan inisiatif daripada KBS memberi ruang kepada pihak Persatuan Kesihatan Mental Sarawak untuk mengadakan kaunseling daripada sekolah ke sekolah.

Selain itu katanya, tekanan yang dialami oleh belia sekarang adalah berbeza kalau dibanding dahulu ekoran tekanan daripada COVID-19, berkurung di dalam rumah, Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan sebagainya.

“Saya mengharapkan usaha sebegini dapat membantu belia agar memberi ruang kepada mereka supaya berhubung dengan kauseling, psychiatrist dan sebagainya supaya tidak menjadi satu masalah yang mendadak demi masa depan mereka.

“Kita kena ingatkan, bukan sekadar meletakkan tanggungjawab terhadap Persatuan Kesihatan Mental atapun psychiatrist, tetapi ibu bapa juga memainkan peranan besar untuk melihat perkembangan anak-anak mereka terutama sekali di sekolah.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas merasmikan Program Rakan Muda Comfort Room 2022, di Bagunan Asrama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata Program Rakan Muda Comfort Room 2022 yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 ini adalah antara negeri yang terpilih di antara enam buah negeri di seluruh Malaysia.

Ujarnya lagi, beliau berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di tahun yang akan datang.-EDISI UKAS

add comment