Bilik Pentadbiran IPD Sri Aman, Akan Dibaik Pulih Menerusi Peruntukan RTP Sebanyak RM100,000

JUMAAT, 24 JUN 2022.

SRI AMAN: Bilik Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman akan dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM100,000, menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Peruntukan tersebut diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang ketika membuat lawatan kerja ke IPD Sri Aman pada Khamis.

Turut hadir bersama beliau, Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Boniface Bajai.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 untuk Kelab Rekreasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).-EDISI UKAS

add comment