Dato Dr Juanda Lakukan Lawatan Kerja Ke Song

JUMAAT, 24 JUN 2022

SONG: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya turun padang bagi mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi di Daerah Song pada Khamis.

Terdahulu, Dato Dr Juanda bersama rombongan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kapit telah melawat ke Dewan Madarasah Kampung Gelam yang akan dibaikpulih, melawat Projek Naik Taraf Jalan ke Rumah Limbi Nanga Temalat yang telah siap dan melawat Projek Naik Taraf Kaki Lima Rumah Saminggat Hulu Sungai Lajan.

Menurut Dato Dr Juanda, mereka telah diarahkan oleh Premier Sarawak untuk meninjau perkembangan projek kerajaan di seluruh Negeri Sarawak bagi mengenalpasti projek yang berjaya siap dengan baik dan mengenalpasti beberapa projek sakit.

Selain itu, tujuan tinjauan projek itu juga adalah bagi memastikan supaya projek yang diberi kerajaan bermanfaat kepada rakyat.

Jelasnya, di daerah Song banyak projek rakyat yang telah siap dan ini membuktikan wakil rakyat kawasan berkenaan bekerja keras membawa pembangunan ke daerah itu.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat untuk terus menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang supaya lebih banyak projek rakyat dapat dilaksanakan.-EDISI UKAS

add comment