Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada PPWS

JUMAAT, 24 JUN 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada rombongan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Rombongan PPWS itu diketuai oleh ACWW Area President for South East Asia & the Far East, Norjanah Razali.

Ketika ditemui media selepas kunjungan hormat itu, Norjanah berkata, tujuan kunjungan hormat berkenaan adalah untuk memaklumkan kepada Premier Sarawak mengenai 13th Associated Country Women of the World (ACWW) Area Conference for South East Asia & The Far East yang akan diadakan pada 4 hingga 6 July 2022.

“Penganjuran persidangan antarabangsa ini bersama dengan ACWW adalah merupakan persidangan ke-5 dianjurkan oleh PPWS,” katanya.

Tambah Norjanah, sejumlah 103 buah organisasi antarabangsa dan dari luar Sarawak termasuk 73 organisasi dari Sarawak bakal menyertai persidangan berkenaan.

Katanya lagi, majlis perasmian persidangan itu akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Sri Fatimah Abdullah. -EDISI UKAS

add comment