Program Jelajah Integriti 2022 Diteruskan Di Kapit

JUMAAT, 24 JUN 2022

KAPIT : Sempena Program Jelajah Integriti 2022, Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jabal An Nur telah mengadakan Sesi Ceramah di Masjid Jabal An Nur, Kapit pada Khamis.

Hadir ke program berkenaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya.

Program berkenaan juga turut diadakan di Surau An Nur Bleteh di Song.-EDISI UKAS

add comment