JUMAAT, 24 JUN 2022
KUCHING: Sarawak berhasrat untuk menjadi sebuah negeri maju dengan menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran mampan.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kemajuan ini akan dipacu oleh data dan inovasi menjelang 2030.
“Sarawak berhasrat untuk menjadi negeri yang berkembang maju di mana semua orang akan menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran mampan yang dipacu oleh data dan inovasi menjelang 2030,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kewangan, Hal Ehwal Orang Asli, Perlumbaan dan Permainan, Kewarganegaraan dan Minat Pelbagai Budaya di Dewan Parlimen Australia pada Khamis.
Tambah Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menambah, pelan ini penting dalam melakar hala tuju Sarawak mencapai negeri maju menerusi enam sektor ekonomi.
“Enam sektor ekonomi iaitu Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan,” tambahnya.
Tegas beliau lagi, lebih banyak peluang boleh dicipta antara Sarawak dan Australia, memandangkan kedua-duanya kaya dengan sumber asli.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Datu Abdullah Zaidel, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Dzulkornain Masron.-EDISI UKAS