ADUN Baleh Tinjau Keadaan Klinik Kesihatan Sungai Tunoh Yang Uzur

SABTU, 25 JUN 2022

KAPIT : Klinik Kesihatan Sungai Tunoh terletak di Tunoh, Bukit Mabong telah lama uzur dan tidak selamat untuk didiami. 

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai telah mengadakan lawatan ke klinik tersebut bagi meninjau keadaan klinik pada Rabu. 

Ia selepas petugas-petugas di klinik berkenaan telah membuat aduan mengenai perkara tersebut. 

Menurut Nicholas, beliau akan berusaha untuk berbincang pada pihak ibu pejabat kesihatan agar menghulurkan bantuan secepat mungkin.

Namun katanya, beliau tidak dapat membantu sepenuhnya kerana klinik ini merupakan di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan dan hanya mampu berbincang dengan pihak kesihatan di ibu pejabat untuk memohon bantuan.-EDISI UKAS

add comment