Ekspo Pendidikan Sarawak Turut Berlangsung Di Kapit

SABTU, 25 JUN 2022

KAPIT: Penganjuran Ekspo Pendidikan Sarawak secara serentak di seluruh bahagian dan daerah Sarawak merupakan julung kali diadakan dan telah disempurnakan menerusi aplikasi ‘Google Meet’ oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Tidak ketinggalan di Kapit turut diadakan Ekspo Pendidikan Sarawak yang melibatkan 10 institusi pengajian di Bilik Taklimat Utama Kompleks Kerajaan Negeri Kapit pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 100 orang pelajar telah menerima insentif daripada Yayasan Sarawak pada program berkenaan.

Hadir sama, wakil Residen Kapit, Bidah Lujah, wakil pihak Yayasan Sarawak, Nurul dan wakil Pegawai Pendidikan Kapit, Saiful.

Manakala di Song juga berlangsungnya Ekspo Pendidikan Sarawak di Balai Raya Song yang turut dihadiri wakil Pegawai Daerah Song, Harry Don Bosco, wakil Pengarah Yayasan Sarawak, Parseh Kahar dan Pegawai Pendidikan Daerah Song, Itam Linggi.

Dalam program sama, seramai tujuh orang pelajar yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerima sijil daripada Yayasan Sarawak dan baucer pakaian seragam sekolah turut disampaikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Song. -EDISI UKAS

add comment