SABTU, 25 JUN 2022
BINTULU: Kepelbagaian budaya dan adat resam yang dimiliki dalam komuniti Dayak perlu terus dikekalkan dan dipertahankan.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, ini penting agar ia dapat diteruskan kepada generasi akan datang.
“Ngiling Bidai merupakan satu budaya masyarakat Dayak terutamanya bagi masyarakat Iban dan harus kita ingati.
“Sebelum sambutan Gawai, kita mengadakan ‘Ngancau Tikai’ dan biasanya dilakukan dua atau tiga hari sebelum sambutan sambutan Gawai Dayak.
“Inilah budaya masyarakat Dayak yang harus kita pertahankan.
“Saya memuji kita dari Tatau, Sebauh dan Bintulu kerana telah berjaya melakukan program seperti ini,” katanya dalam Program Pengerami Ngiling Bidai yang danjurkan oleh Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Tatau di Hotel Promenade Bintulu pada Rabu.
Dalam program berkenaan, Datuk John Sikie turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar bandar (MRP) kepada Persatuan KMKK Daerah Tatau sebanyak RM20,000.
Hadir sama, Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan dan Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis.-EDISI UKAS