Program Pengerami Ngiling Bidai Gereja Methodist Iban Sibu Jaya Kukuh Hubungan Antara Ahli Gereja

SABTU, 25 JUN 2022

SIBU: Penganjuran program Pengerami Ngiling Bidai Gereja Methodist Iban Sibu Jaya sangat bertepatan dengan sasarannya untuk mengukuhkan hubungan di antara ahli Gereja Methodist yang ada.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana sambil berkata program dianjurkan oleh pihak Gereja Methodist tidak asing kepada beliau kerana merupakan salah seorang ahli Gereja Methodist dan sekarang masih lagi menjawat jawatan sebagai Pengerusi Gereja Methodist Iban Pasar Kanowit.

Sehubungan itu, beliau berjanji akan membantu pihak Gereja dalam penyaluran dana bagi kegunaan mereka untuk melaksanakan aktiviti tahunan mereka.

Berucap semasa merasmikan program Pengerami Ngiling Bidai Gereja Methodist Iban Sibu Jaya di perkarangan gereja itu pada Jumaat, Anyi berkata Pusat Khidmat ADUN Ngemah akan memberi bantuan ‘one-off’ kepada anak-anak DUN itu yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 dan yang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Selain itu, beliau juga menyarankan kepada pihak Gereja Methodist Iban Sibu Jaya untuk membuat surat permohonan dan disertakan dengan kertas kerja ringkas untuk sebarang permohonan dana. – EDISI UKAS

add comment