Lawatan Kerja Tinjau Projek RTP Di DUN Jemoreng

ISNIN, 27 JUN 2022

MATU: Pejabat Daerah Matu, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Daerah Matu Daro telah mengadakan lawatan ke beberapa tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng pada Ahad.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Aini Latip dan Pegawai Tadbir dari Pejabat Daerah Matu Norkasmawati Kassim.

Antara projek-projek yang dilawati adalah Kerja-kerja Menembok Dan Membina Dataran Serbaguna di Rumah Gangga (RTP 2021, RM200,000), Bina baru tiga titian penghubung anak sungai di Kampung Kebuaw (RTP 2022, RM150,000) dan Kerja-kerja Naiktaraf Dewan Igan, Matu (RTP 2022, RM200,000).

Dalam pada itu, pihak kontraktor diingatkan agar dapat melaksanakan projek-projek tersebut dengan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

add comment