Majlis ‘Segulai Sejalai Pengerami Ngiling Tikai Begulai Ngau’ Kampung Emplas Disambut Meriah

ISNIN, 27 JUN 2022

SIMUNJAN: Majlis ‘Segulai Sejalai Pengerami Ngiling Tikai Begulai Ngau’ yang diadakan di Kampung Emplas telah disambut penuh meriah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah hadir merasmikan majlis tersebut pada Ahad.

Semasa berucap, Awla dris mengucapkan tahniah kepada Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Zon Temiang kerana berjaya menganjurkan program tersebut.

Katanya, dengan kejayaan majllis Ngiling Tikai pada kali ini, maka acara Ngiling Tikai yang akan diadakan pada tahun hadapan akan disambut lebih meriah.

Begitu juga dengan sambutan Hari Raya akan diadakan secara besar-besaran dengan menggabungkan semua pengerusi JKKK yang ada.

Majlis yang berlangsung dalam suasana santai meriah itu diserikan dengan persembahan Tarian Ngajat Ngalu Temuai, pertandingan Kumang Gawai Kanak-Kanak, Persembahan karaoke, Ngetas Ranyai, Ngiling Bidai dan Simbolik Ngirup Ai Pengayu.-EDISI UKAS

add comment