SMK Kabong Tuan Rumah Temasya Sukan Bahagian Betong ke-18

ISNIN, 27 JUN 2022

KABONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong bersama pihak Majlis Guru Besar Zon Kabong menjadi tuan rumah penganjuran Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong Kali Ke-18 yang akan diadakan pada 4 hingga 7 Julai 2022 di Komplek Sukan Saratok. 

Sebanyak 15 buah Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Bahagian Kabong akan menyertai temasya sukan ini. 

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah memberikan sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM39,000 kepada Pengetua SMK Kabong, Iman Joni selaku tuan rumah temasya sukan ini di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kabong pada Ahad.

Turut hadir Pegawai Daerah Kabong, Rashdan Hazemi; Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Abg Leman, Ghazali Mat Daud dan Ahli Majlis Daerah Saratok, Kr. Johan Rahman.-EDISI UKAS 

add comment