SELASA, 28 JUN 2022
BETONG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong telah mengadakan perjumpaan bersama tuai rumah dan wakil penduduk dari rumah panjang Penyulok, Nanga Penebak dan Penebak Ulu pada Isnin bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Bahagian Betong.
Mesyuarat dipengerusikan Jurutera Bahagian JKR Bahagian Betong, Chiresley Francis Kureng bertujuan membincangkan berkaitan projek naiktaraf Jalan Penyulok/Nanga Penebak/Ulu Penebak, Layar, Betong yang menelan kos sebanyak RM9 juta.
Pelaksanaan projek tersebut kini di peringkat mengenalpasti jajaran dan cadangan pelantikan perunding bidang (Discipline): Kejuruteraan Awam & Struktur (Civil & Structural).
Selain itu, perbincangan ini juga menjadi ruang bagi pihak JKR berkongsi maklumat perkembangan projek dan mendapatkan maklum balas dari para wakil penduduk setempat yang terlibat.
Turut hadir jurutera dari JKR Bahagian Betong Robin Peter Empang, Tuai Rumah Panjang Penyulok TR Kelimbang Jaman, Tuai Rumah Panjang Nanga Penebak TR Tayan Gani dan Tuai Rumah Panjang Penebak Ulu TR Radin Wilson Rabai. – EDISI UKAS