ADUN Machan Lawat PPD Kanowit, Kenalpasti Masalah Sekolah Daif

RABU, 29 JUN 2022

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong telah mengadakan lawatan muhibbah ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit bertempat di Blok Ranggie pada Isnin.

Objektif lawatan adalah untuk mendengar masalah-masalah sekolah daif yang terdapat di seluruh kawasan Kanowit.

Selain itu, ia juga untuk berkongsi pendapat mengenai pelbagai perancangan bagi mengatasi masalah-masalah di sekolah-sekolah daif tersebut.

Hadir sama kakitangan PPD Kanowit serta semua pengetua sekolah. – EDISI UKAS

add comment