ADUN Ngemah Dan Pelagus Meriahkan Pengerami Ngiling Bidai Di Kanowit

RABU, 29 JUN 2022

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana serta isteri telah meluangkan masa menghadirkan diri di Majlis Pengerami Ngiling Bidai di Rumah Jelawat, Nanga Dap, Kanowit pada Isnin.

Turut hadir ke majlis berkenaan, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang yang telah mengucapkan tahniah kepada Anyi atas kejayaan memenangi kerusi DUN Ngemah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lepas walaupun mendapat tentangan daripada ahli parti yang tidak berpuas hati mengenai pemilihan calon GPS-PRS di DUN Ngemah.

Jelasnya, adalah penting bagi calon yang dipilih seorang yang berintegriti, setia dan taat kepada parti dan kepimpinannya.

Selain itu katanya, Ketua Masyarakat, Tuai Rumah dan ahli parti GPS mesti bekerjasama dan menyokong polisi kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga mesti tahu dalam menguruskan pentadbiran di peringkat kampung.

“JKKK mesti proaktif merancang pembangunan dan perlu tahu kemudahan yang diperlukan di peringkat kampung.” – EDISI UKAS

add comment