ADUN Ngemah Rasmi Program Edu Fun Ride 2022 PPD Kanowit

RABU, 29 JUN 2022.

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana meluangkan masa merasmikan Program Edu Fun Ride 2022 PPD Kanowit di Perkarangan SJKC Yee Ting Kanowit pada Selasa.

Pelaksanan program tersebut bersempena dengan sambutan Hari Guru 2022 peringkat Daerah Kanowit anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yee Ting.

Ketika ditemui, masyarakat di situ berharap aktiviti sama dapat dianjurkan setiap tahun sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kanowit.

Dalam program sama turut diadakan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada agensi yang mengambil bahagian.

Turut hadir Timbalan PPD Kanowit Joseph Jabu, Guru Besar SJKC Yee Ting Phan Kih Lee, Pengetua SMK Kanowit Jarit, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kanowit Bundong Nibong serta tetamu-tetamu yang lain. –EDISI UKAS

add comment