ADUN Repok Komited Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

RABU, 29 JUN 2022.

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Huang Tiong Sii terus giat membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan di kawasannya.

Terbaru, beliau telah menyumbang sebuah katil kepada pesakit terlantar.

Penghantaran katil itu dilaksanakan oleh Pasukan Pusat Khidmat N.45 Repok kepada penerima Lee Siew Kam, berusia 83 tahun dari Sungai Kesa, Sarikei pada Rabu.

Sumbangan itu bertujuan menyediakan suasana selesa kepada pesakit agar lebih mudah diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, keluarga penerima amat berterima kasih kepada Dato Huang kerana prihatin dengan golongan yang kurang berkemampuan.

Hadir sama wakil kepada Dato Huang, Penghulu Huang Tiong Kang; Kapitan Chieng Hei Chin, Kapitan Ting Ka Hee dan tetamu yang lain.-EDISI UKAS

add comment