APM Daerah Sarikei Terima Kunjungan Hormat Daripada Ketua Pesuruhjaya APM

RABU, 29 JUN 2022

SARIKEI: Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPJ. (PA) Aminurrahim telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sarikei pada Isnin.

Semasa kunjungan tersebut, beliau memberitahu APM memerlukan tambahan sebanyak 1,501 perjawatan kontrak bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu di samping mengimbangi keperluan semasa.

Jelasnya, ia juga bagi memastikan latihan yang diberikan lebih selamat jika dibandingkan dengan jawatan sukarelawan.

“APM perlu mempunyai kepakaran serta kemahiran dalam bidang tertentu yang boleh diketengahkan sekaligus dapat memudahkan proses pengambilan dan mempunyai sumber manusia yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan supaya setiap anggota APM sentiasa dalam siapsiaga dan bersemangat tinggi serta sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Hadir sama Pengarah APM Sarawak, YAS PPJ.(PA) Abdul Wahab Ibrahim, Timbalan Pengarah APM Sarawak LT. KOL. (PA) Raja Muhammad Alhakim Raja Jaafar @ Raja Yaakub dan Pegawai Pertahanan Sarikei Awam Daerah Sarikei LT.(PA) Shahrol Aizi Zaidi.-EDISI UKAS

add comment