10 Buah Inap Desa Di Kampung Pichin Diperiksa

RABU, 29 JUN 2022

SERIAN: Pihak Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke 10 buah premis Inap Desa di Kampung Pichin di sini pada Selasa.

Lawatan yang diketuai Pegawai Penyelaras, Lena Buntal itu bertujuan membuat pemeriksaan terhadap pengusaha serta premis-premis berkaitan sebelum diberi kelayakan mendapatkan sijil Inap Desa atau ‘Homestay’.

Menurut Lena, setiap premis adalah wajib untuk diperiksa malah dinilai semula mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh MOTAC.

Pemeriksaan tersebut melibatkan Inap Desa di Kampung Mongkos, Kampung Lobang Batu, Kampung Terbat dan Kampung Tebakang Melayu.

Untuk rekod, Kampung Pichin merupakan tempat yang paling terkenal di Serian sebagai lokasi untuk dilawati serta menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar negara.

Ini adalah kerana lokasinya sesuai untuk diadakan aktiviti keramaian seperti upacara perkahwinan, penganjuran bengkel, kursus dan sesi ceramah selain digunakan untuk penginapan percutian keluarga. -EDISI UKAS

add comment