JBP Sarikei Adakan Ceramah Keselamatan Kebakaran

RABU, 29 JUN 2022

SARIKEI : Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei telah mengadakan Ceramah Keselamatan Kebakaran di Pejabat Kehakiman Syariah Bahagian Sarikei pada Isnin.

Antara pengisian ceramah ialah demonstrasi tatacara penggunaan alat pemadam api.

Operasi tersebut telah diketua oleh PPGB Mahmudin Narudin bersama dua anggotanya iaitu PBK II Kup Muhammad Sufian Ahmad dan PBB Augustine Silang Enchangan.

Sesi ceramah berkenaan telah disertai oleh sembilan peserta.-EDISI UKAS

add comment