Lapangan Rekreasi Limbang Dijangka Siap 14 Mac 2023

RABU, 29 JUN 2022

LIMBANG: Projek pembinaan Lapangan Rekreasi Limbang kini telah hampir 30 peratus siap. 

Menurut Menteri Muda Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, pembinaannya mengalami sedikit lewat disebabkan beberapa faktor seperti cuaca hujan, kekurangan pekerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, kontraktor telah memberi jaminan projek ini boleh siap lebih awal sebelum 14 Mac 2023. 

“Dengan siapnya projek ini nanti ia akan memberi peluang kepada masyarakat di Limbang untuk memilih tempat rekreasi.  

“Kita akan tumpukan kepada rekreasi sukan lasak seperti mountain climbing, drag race dan sebagainya.

“Kita juga yakin taman ini bukan sahaja akan dikunjungi oleh masyarakat setempat malah ia boleh menjadi daya tarikan pelancong ke Limbang,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak Lapangan Rekreasi Limbang baru-baru ini. 

Kerajaan Sarawak telah menyerahkan tapak Lapangan Rekreasi Limbang kepada Majlis Daerah Limbang pada tahun 2006, tetapi disebabkan masalah kewangan projek ini tidak dapat dilaksanakan. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota memaklumkan telah memohon peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara pada tahun 2018 untuk membina projek ini dan telah pun diluluskan peruntukannya berjumlah RM15 juta. 

Projek ini mula dilaksanakan pada 15 September 2021 dengan tempoh pelaksanaannya selama 18 bulan dan dijangka siap 14 Mac depan. 

Turut sama hadir Penolong Jurutera Majlis Daerah Limbang Nur Allilzan Ismail, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Awang Nazri Awang Saperi, Empayar Setia Sdn Bhd Dato Mohd Safri Abdillah, Jurutera Perunding Wahba Sdn Bhd Liew Peng dan Veritas Landscape Sdn Bhd Tabitha Nyayong.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia