Majlis Serah Tapak Dua Projek RTP ADUN Kabong

RABU, 29 JUN 2022

KABONG: Satu majlis ringkas serah dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah diadakan pada Selasa.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir.

Projek terbabit ialah Pembinaan Jeti Konkrit Kampung Hulu Lintang, Kabong berjumlah RM500,000 yang akan dilaksanakan bermula 27 Jun 2022 dan dijangka siap pada 28 Mei 2023.

Manakala projek kedua ialah Bina Baru Surau Pantai Tanjung Kembang, Kabong berjumlah RM250,000 yang akan bermula pada 27 Jun 2022 dan dijangka siap pada 28 Januari 2023.

Turut hadir ialah Jurutera JKR Saratok Adrian Linggie Manjan, Penolong Jurutera JKR Betong Jones Mukan, Penolong Jurutera JKR Saratok Priscilla Carnelius dan beberapa wakil kontraktor dan penerima projek. – EDISI UKAS

add comment