Datuk Amar Douglas Bantu Pelajar SMK Spaoh Sertai Pertandingan Hoki

KHAMIS, 30 JUN 2022

BUKIT SABAN: Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyuntik semangat lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh yang akan menyertai pertandingan hoki peringkat kebangsaan dengan menghulurkan sumbangan peribadi.

Sumbangan ini sebagai perbelanjaan pelajar terbabit yang akan mewakili Sarawak ke pertandingan kebangsaan itu.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan wakil Datuk Amar Douglas, Kaunselor Abang Suhordie Abang Zaini kepada Pengetua SMK Spaoh, Zaidi Jeni di sekolah berkenaan pada Khamis.

Ia turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Spaoh, Sardie Ramlie.

Seramai lima orang pelajar SMK SPAOH terpilih untuk mewakili Sarawak ke pertandingan tersebut. – EDISI UKAS

add comment