Pesuruhjaya Polis Sarawak Adakan Lawatan Kerja Ke IPD Meradong

KHAMIS, 30 JUN 2022.

MERADONG: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong pada Rabu.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada seluruh warga kerja yang hadir serta meninjau keadaan sekitar IPD Daerah Meradong untuk melihat keperluan menambahbaik kemudahan asas.

Beliau yang turut disertai KPD Daerah Meradong Superintendan Sekam Anoi, berpeluang melihat Guard Turn Off (GTO) serta berkenalan dengan ketua-ketua bahagian, cawangan dan balai di IPD.

Turut hadir Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak Datin Nassariah Mohd Nassir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Wakil Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Pemanca Rapen Angga, Timbalan PJP Sarawak DCP Dato Mancha Ata serta tetamu yang lain.-EDISI UKAS

add comment