Projek Bekalan Elektrik Luarbandar Jalan Ulu Mukah Kembali Disambung

KHAMIS, 30 JUN 2022

SELANGAU: Penduduk di lapan buah rumah panjang di sini kini boleh menarik nafas lega selepas kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik di sepanjang Jalan Ulu Mukah kembali bersambung sejak pertengahan Jun ini.

Projek yang sepatutnya siap pada 22 April 2022 terbengkalai disebabkan masalah kontraktor terdahulu tidak dapat menyiapkan projek berkenaan.

Tinjauan pada Khamis mendapati kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik itu sedang dilaksanakan oleh kontraktor baru yang telah dilantik.

Apabila siap kelak, bekalan elektrik itu akan memberi manfaat kepada penduduk di Rumah Banyan, Rumah Sawong, Rumah Jinggang, Rumah Kom, Rumah Seli, Rumah Lunchong, Rumah Sebeli dan Rumah Ramping. – EDISI UKAS

add comment