Kerajaan Sarawak Naikkan Subsidi Tenaga & Sewaan Bangunan Untuk Bantu Rakyat Depani Krisis Ekonomi

SABTU, 2 JULAI 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah dengan menaikkan subsidi tenaga dan sewaan bangunan kerajaan bagi menangani krisis ekonomi semasa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini adalah langkah sementara untuk membantu rakyat yang terkesan dengan masalah kenaikan sara hidup pada ketika ini.

“Masalah ini sangat rumit tetapi mahu tak mahu kita mesti mencari penyelesaian.

“Penyelesaiannya secara sementara kerana kita perlu berdepan dengan kitaran ekonomi ini dan kita terikat untuk menghadapi inflasi dan kemelesetan yang berlaku,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sarawak 1st Rover Moot Kebangsaan 2022 di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menambah, bagi menangani masalah ini, perkara penting yang perlu ditingkatkan kerajaan adalah melibatkan aspek keselamatan makanan.

“Memang ini adalah satu masalah yang dihadapi bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan keadaan yang berlaku di Eropah.

“Untuk Malaysia kita menjadi pengimport barangan dan nilai wang lemah jadi sudah tentu meningkatkan kos.

“Untuk menangani masalah ini kita tidak ada penyelesaian mudah dan kita mesti mempunyai dasar yang menaikkan produktiviti makanan kita iaitu keselamatan makanan.

“Adalah sangat penting kita mempunyai pertanian komersial berasaskan teknologi kerana sekiranya kita menggunakan teknologi, ia lebih efisien dan mengurangkan kos. Ini dapat menstabilkan harga,”jelasnya lagi.

Dalam pada itu ditanya mengenai bantuan untuk rakyat mendepani masalah ini, Premier Sarawak memberitahu, kerajaan sedang melakukan penelitian dan mendapatkan data berhubung perkara itu.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia