AHAD, 3 JULY 2022.
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine meluangkan masa menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Pemerkasaan Usahawan 2022 di Hotel Kingwood Mukah pada Rabu lepas.
Seramai 40 usahawan dari sekitar Bahagian Mukah telah menghadiri bengkel yang berlangsung selama dua hari tersebut.
Bengkel Pemerkasaan Usahawan adalah salah satu aktiviti utama Program Sagopreneur, satu program pembangunan usahawan anjuran CRAUN Research Sdn Bhd yang diadakan dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing, kreatif dan inovatif.
Hari pertama bengkel tersebut mendedahkan para peserta dengan kaedah penghasilan foto dan poster dengan efisien manakala hari kedua para peserta diajar kaedah penghasilan video pemasaran kreatif melalu media sosial (Tik Tok).
Beliau berharap dapat bekerjasama menganjurkan pelbagai lagi program untuk membantu usahawan-usahawan tempatan.
Dalam perkembangan lain pula, Royston berkesempatan meninjau Tapak Kaul Mukah di pantai Kala Dana Mukah pada Khamis.
Di samping itu, beliau turut menyantuni golongan belia yang beriadah dan berkunjung ke lokasi selain menilai perkembangan dan kebersihan tempat tersebut.
Dalam pada itu, beliau juga berkesempatan mencuba permainan laying-layang yang juga menjadi tarikan pengunjung di kawasan tersebut.-EDISI UKAS