AHAD, 3 JULAI 2022
KAPIT: Warga pendidik di Kapit diseru agar memanfaatkan media sosial dengan baik dan secara profesional untuk kebaikan.
Menurut Ahli Parlimen Kapit, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi ini kerana bahagian itu sudah mempunyai perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (Unifi) sekali gus bakal meningkatkan kelajuaan internet di kawasan itu.
Beliau juga mohon warga pendidik agar berganding bahu dengannya sebagai ahli parlimen dan ADUN Katibas, Lidam Assan untuk membangunkan daerah Song.
Dato’ Sri Alexander yang juga Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia berkata demikian pada Sambutan Perayaan Hari Guru 2022 dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 di Balai Raya Song pada Sabtu.
Berkata lanjut, Dato’ Sri Alexander turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Song atas kejayaan mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.
Katanya, kejayaan ini merupakan usaha guru yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencari inisiatif untuk mendidik anak murid di daerah ini.
Pada majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada PSKPP dan RM5,000 untuk PPD Song selain tambahan sebanyak RM12,000 sumbangan Lidam Azzan. – EDISI UKAS