ISNIN, 4 JULAI 2022.
KANOWIT: Penempatan semula RASCOM Nanga Ngungun Kanowit telah dipilih untuk pelaksanaan program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan, di Dewan Serbaguna RASCOM Nanga Ngungun, pada Jumaat.
Penganjuran program oleh Majlis Daerah Kanowit bertujuan mengajak masyarakat mengutamakan kebersihan di sekitar kediaman bagi mencegah pembiakan aedes.
Dalam program tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana menggesa pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah panjang Ng Ngungun untuk menetapkan jadual waktu pembersihan rumah panjang itu sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.
Di samping itu, beliau berharap agar Majlis Daerah Kanowit meneruskan program ini ke tempat lain khasnya di Penempatan Semula Ng. Jagau dan Penempatan Semula Ng. Tada.
Turut hadir Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Kanowit, Bilong Engkas, Penghulu Ron Ugai serta tetamu lain.-EDISI UKAS