47 Menara Telekomunikasi Telah Diluluskan Di Daerah Limbang Dan Pelaksanaannya Secara Berfasa

SELASA, 5 JULAI 2022

LIMBANG: Biarpun negara sedang ke arah peralihan endamik, pembelajaran secara dalam talian masih diteruskan selain belajar secara fizikal di bilik darjah dan sebagainya.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, belliau yakin pembelajaran secara dalam talian ini akan ditingkatkan ke tahap yang lebih baik dan diteruskan lagi selepas ini. 

Bagaimanapun, bagi kawasan luar bandar isu berkaitan masalah liputan internet menjadi kekangan dalam pembelajaran secara dalam talian.

“Bagi kita di daerah Limbang, ada 47 menara telekomunikasi yang akan didirikan di bawah peruntukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pembinaannya bukan cerita sehari dua tetapi berbulan-bulan.

“Saya dan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini telah menyuarakan permasalahan ini kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Syukur alhamdulillah 47 menara itu diluluskan hanya tinggal perlaksanaannya secara berfasa,” katanya. 

Beliau berucap merasmikan Hari Ngiling Bidai dan Dewan PIBG SK Menuang 2022 di Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang Limbang di sini pada Sabtu. 

Mengulas lanjut, Datuk Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang mahu ibu bapa mempersiapkan diri dengan ilmu bagi membantu membimbing anak-anak menghadapi cabaran digital. 

“Generasi anak-anak kita yang masih kecil ini adalah generasi masa depan yang akan menghadapi cabaran dan gejala sosial yang berbeza-beza daripada apa yang ada pada hari ini. 

“Jadi kita sebagai ibu bapa mestilah mempersiapkan diri dengan ilmu selain anak-anak kita. 

“Mereka ini perlu diberikan pendidikan agama tidak kira apa-apa agama sekali pun, agama Islam, Kristian dan sebagainya,” ujar beliau lagi. 

Pada majlis itu, beliau telah merasmikan dewan sekolah yang dibina menggunakan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Parlimen Limbang.

Hadir sama Penolong PPD Sektor Pengurusan Akademik wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Diana Nayan, Guru Besar SK Menuang Limbang Suhailee Ladin, Naib Yang Dipertua PIBG SK Menuang Limbang Elizabeth Juliana dan Temenggong Willie Merum Liaw.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia