SELASA, 5 JULAI 2022
BINTULU: Seramai 19 wakil keluarga mangsa kebakaran Kampung Sibiew telah menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip pada Sabtu.
Sumbangan tersebut diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak kepada kesemua wakil mangsa kebakaran tersebut.
Kebakaran yang berlaku sekitar pukul 3:00 pagi itu telah memusnahkan 11 buah rumah kayu yang dihuni seramai 75 orang.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.-EDISI UKAS