156 Orang Sertai Program Cert Lubok Antu, Siap Siaga Penduduk Hadapi Kecemasan

RABU, 6 JULAI 2022

LUBOK ANTU: Seramai 156 peserta dari kawasan 43 Kampung (SPS Fasa 2, Lemanak, Engkari, Delok dan Skim Merindun) telah mengikut kursus Pasukan Bertindak Kecemasan (CERT) Sempadan yang telah dianjurkan oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak.

Program yang berbentuk ceramah dan praktikal selama dua hari tersebut telah disempurnakan oleh Residen bahagian Sri Aman, Sirai Daha di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada Selasa.

Program Cert ini bertujuan untuk menyediakan satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada penduduk kampung untuk bersiap siaga mengambil tindakan awal semasa berlalu kecemasan.

Semasa berucap, Sirai Daha menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pihak Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) kerana telah memilih daerah Lubok Antu untuk sesi kali ini.

Oleh itu, beliau menyeru agar para peserta yang diberikan amanah dapat memberi komitmen yang tinggi terhadap pasukan agar ia boleh memainkan peranan sebagai sebahagian daripada anggota penyelamat apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini.-EDISI UKAS

add comment