RABU, 6 JULAI 2022
MATU: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) meneruskan inisiatif mendekati masyarakat melalui penganjuran Program Ziarah UKAS @ Komuniti 2022 Ngabang Gawai di Rumah Gangga, Bruan Besar Matu pada Selasa.
Ia dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Kepada Timbalan Menteri (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Aini Latip.
Dalam ucapan ringkasnya, Aini mengucapkan penghargaan kepada penduduk di Rumah Entoi Sat dan Rumah Bareng atas sokongan diberikan tehadap ADUN Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang lepas.
Beliau dalam pada itu berharap perpaduan yang ditunjukkan oleh penduduk rumah panjang akan terus berkekalan demi keharmonian masyarakat di kawasan itu.
Sementara itu, Tuai Rumah Entoi Sat amat berterima kasih kepada UKAS kerana menganjurkan program itu di rumah panjang mereka.
Katanya, setelah sekian lama tidak merasai kemeriahan, hari ini penduduk rumah mereka begitu teruja kerana dapat meraikan dan menerima kunjungan ‘Ngabang Gawai’.
Tuai Rumah Bareng pula merakamkan penghargaan terhadap Dato’ Dr Juanda kerana telah banyak menunaikan janji seperti melaksanakan projek baikpulih rumah panjangnnya. – EDISI UKAS