Selamat Jati Yanjah, Residen Serian Yang Baharu, Mantan Residen, Tuah Suni Kini Bersara

RABU, 6 JULAI 2022

SERIAN: Majlis perpisahan mantan Residen Serian Tuah Suni dan menyambut Residen Serian yang baharu Selamat Jati Yanjah berlangsung meriah di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Serian di sini pada Selasa.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil serta Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus dan ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Tuah Suni dari Kampung Tarat, Serian kini bersara setelah 39 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Beliau memulakan tugas sebagai Residen Bahagian Serian pada 2 Jan 2020 dan bersara wajib pada 17 Jun 2022.

Tugas Residen Serian kini diambil alih oleh Selamat Jati Yanjah.

Antara pengalaman dan perkhidmatan Residen Bahagian Serian yang baharu ialah pernah bertugas di RECODA (Bhg Highland Development Angency) pada tahun 2018, Timbalan Residen Bahagian Limbang (Tahun 2013 – 2017), Timbalan Residen Bahagian Kapit (Tahun 2009 – 2012), Pegawai Daerah Song, Kapit (Tahun 2008 – 2009), Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak (Tahun 2003 – 2007), Penolong pengarah, Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur (Program Pegawai Integrasi) tahun 1996 – 1997 dan sebagai Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau, Bintulu (Tahun 1993 – 1995)

Dalam majlis sama, Datuk Dr Jerip merangkap ADUN Mambong turut menyempurnakan penyampaian sijil pelantikan Ketua Masyarakat Serian yang baharu iaitu Penghulu Cosmas Andrew Luak (Kawasan Paun), Penghulu Peter Kiang Sai (Kawasan Stabun), Penghulu Mandai Bangik (Kawasan Baki) dan Penghulu Rapeng Garak (Kawasan Sungai Tuna).

Hadir sama dalam program itu ialah Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Damen Rejek dan Timbalan Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph. -EDISI UKAS

add comment