60 Penerima Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank Terima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa II Di Lingga

KHAMIS, 7 JULAI 2022

LINGGA: Seramai 60 orang yang tidak mempunyai akaun bank menerima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa II di Pejabat Daerah Lingga pada Rabu.

Difahamkan, penerima bantuan melibatkan penduduk dari luar bandar menerima pembayaran secara tunai yang mulai mengunjungi kaunter seawal jam 8 pagi.

Proses pembayaran bantuan tersebut berjalan lancar dan selesai lebih kurang pada jam 4 petang.

Antara agensi yang terlibat adalah Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Simpanan Nasional. -EDISI UKAS

add comment