ADUN Ngemah Serah Insentif Akademik Kepada 41 Penerima di Kanowit

KHAMIS, 7 JULAI 2022

KANOWIT: Sebanyak RM19,500 diserahkan kepada 41 orang penerima insentif akademik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana pada Selasa.

Jelasnya, inisiatif tersebut diberikan kepada anak-anak yang cemerlang di dalam akademik dan turut membantu mereka dalam melanjutkan pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Insentif akademik berjumlah RM1,000 bagi mereka yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, RM500 untuk peringkat Diploma dan RM300 bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021 berdasarkan penilaian oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit.

Tambah beliau lagi, bagi ibu bapa kepada anak mereka yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT dan belum mendapat insentif tersebut untuk membawa salinan surat tawaran mereka ke Pusat Khidmat ADUN Ngemah untuk tindakan selanjutnya.

Turut diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir beliau serta dihadiri oleh Pegawai Daerah Kanowit Kathreen Lalai, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit (Sektor Perancangan) Joseph Jabu, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Kanowit Bilong Engkas, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit dan ahli jemputan yang lain.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia