KHAMIS, 7 JULAI 2022
BELAGA: Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir. Aidel Lariwoo melakukan lawatan kerja ke Belaga pada Rabu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya memulakan lawatannya ke tapak cadangan pembinaan jalan dari hujung Bukit Jayung ke Simpang Jalan Datar Kakus.
Skop projek itu bernilai RM53 juta dan ia membabitkan jalan sepanjang 9.4 kilometer yang menghubungkan kedua tempat berkenaan.
Aidel Lariwoo meneruskan lawatannya ke kawasan Bakun untuk meninjau projek pembinaan jalan ke Empangan Bakun dan jeti pendaratan.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang serta pegawai kerajaan lain. – EDISI UKAS