Datuk Amar Douglas Sumbang 12 Lembu Kepada Masyarakat Islam Kampung Spaoh

KHAMIS, 7 JULAI 2022

SPAOH: Sebanyak 12 ekor lembu telah disumbangkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada masyarakat Islam di Kampung Spaoh bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Haji pada tahun ini.

Sumbangan itu bagi memberi peluang kepada penduduk Kampung Spaoh menjalankan ibadah korban seperti tahun-tahun sebelumnya.

Selain itu, ia juga bagi membolehkan lebih ramai penduduk Kampung Spaoh berpeluang merasai daging korban terutama golongan kurang berkemampuan yang terkesan ekoran kenaikan harga barang ketika ini.

Penyerahan lembu-lembu berkenaan telah dilaksanakan oleh Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban Spaoh pada Selasa. – EDISI UKAS

add comment