AHAD, 10 JULAI 2022
KUCHING: Seramai 100 penerima daripada Asnaf Saudara Kita telah menerima sumbangan daging qurban dalam Majlis Qurban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak bertempat di Dewan Hikmah Petrajaya Kuching pada Ahad.
Simbolik penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama tetamu-tetamu jemputan yang lain.
Terdahulu, program tersebut dimulakan dengan bacaan doa serta simbolik penyembelihan Qurban di perkarangan Dewan Hikmah tersebut.
Hadir sama ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha dan Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin. -Edisi UKAS