ISNIN, 11 JULAI 2022
KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong hadir bersama-sama masyarakat di dalam Majlis Penyembelihan dan Agihan Daging Korban bersempena Hari Raya Qurban anjuran Komuniti Islam Kampung Muhibbah di Surau Darul Iman pada Ahad.
Dalam program itu, Allan Siden turut menyumbangkan dua ekor lembu kepada surau tersebut untuk diagihkan kepada masyarakat Islam di kawasan itu.
Ianya merupakan sumbangan ikhlas daripada Allan Siden kepada penduduk Islam di Kanowit pada setiap tahun setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha.-EDISI UKAS